Masjid yang tersergam indah dengan senibina yang unik dan menarik ini terletak di Bukit Chandah, Kuala Kangsar. Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit.
Dek kerana keunikan senibina masjid ini menjadikannya antara tempat yang wajib dikunjungi tatkala berkunjung ke Kuala Kangsar.