Sekiranya ke Cameron Highlands melalui jalan Tapah- Cameron Highlands, anda akan melalui suatu kawasan air terjun yang dikenali Lata Iskandar. Untuk ke sini, perjalanan dari tol Tapah akan memakan masa sekitar 30min dengan jarak perjalan 21km.
Air di Lata Iskandar ini sejuk dan sangat sesuai dengan lokasinya berhampiran tanah tinggi dan dikelilingi alam semula jadi yang masih belum terusik. Sudah tentu pengunjung ke sini tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar air terjun yang memukau ini sebagai kenangan.
Selain air terjun dengan ketinggian 25 m, terdapat juga kolam-kolam kecil yang sesuai untuk kanak-kanak bermain air.