Masjid Kristal adalah antara tarikan yang wajib dilawati oleh pengunjung sekiranya ke Kuala Terengganu. Masjid Kristal yang terletak dalam kawasan Taman Tamadun Islam ini mendapat nama dek kerana dengan binaan luaran yang dikelilingi oleh kaca menjadikannya seumpama kristal. Tidak lengkap kunjungan ke sini jika tidak bergambar berlatarbelakangkan masjid yang tersergam indah ini.
Selain dari kecantikan seni bina masjid, Masjid Kristal Terengganu juga menawarkan kemudahan-kemudahan seperti perpustakaan, auditorium, dan ruang solat yang besar yang boleh menampung hingga 1500 jemaah sekaligus.
Terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini antaranya menaiki river cruise Sungai Terengganu, beriadah dan berkelah di kawasan tasik Pahlawan, melawati Taman Monumen yang menempatkan pelbagai replika masjid-masjid di seluruh dunia.