Chemerong, Gunung Berembun dan langsir (CBL) merupakan salah satu tempat yang tidak asing lagi dikalangan pendaki dan peminat aktiviti kembara. Pintu masuk kepada spot hiking favorite ini adalah di Hutan Lipur Cemerong yang terletak kira-kira 15-20 minit dari Bandar Almuktafi Billah Shah atau sekitar 1 jam perjalanan dari bandar Dungu, Terengganu.
Pendakian akan bermula dari Hutan Lipur Chemerong, di mana anda dapat melihat keindahan air terjun Chemerong yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Pengunjung seterusnya akan meneruskan pendakian ke puncak Gunung Berembun yang mana pengunjung boleh memilih untuk bermalam di kem B, Kem Y ataupun berdekatan air terjun Langsir.
Ketinggian puncak Gunung Berembun ialah 3405 kaki. Kepuasan yang dapat dirasakan apabila berada di puncak Gunung yang menyajikan pemandangan yang cukup menarik. Pendakian selalunya akan memakan masa selam 3 hari 2 malam. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat jurupandu atau maling gunung sebelum memulakan pendakian.