Sebut sahaja Kundasang, pasti kita akan terbayangkan pemandangan kaki bukit yang diselubungi kabus dan cuaca yang sejuk lagi mendamaikan di tambah pula dengan pemandangan yang memukau seakan-akan berada di New Zealand. Lokasi percutian tanah tinggi yang terletak di dalam daerah Ranau, Sabah ini mempunyai beberapa tarikan lain untuk dilawati pengunjung antaranya seperti Kundasang War Memorial, Desa Dairy Farm, Poring Hot Spring dan bermacam lagi.
Bagi yang menggemari aktiviti hiking, terdapat beberapa spots hiking yang menarik di sekitar Kundasang seperti Maragang Hill, Sosodikon Hill, Tinorindak Hill, Kimondou Hill, Lugas Hill dan banyak lagi.