Laman Padi di Langkawi adalah destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Ia terletak di tengah-tengah sawah padi yang hijau dan indah. Di sini, pelancong boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan budaya tempatan. Di sini pengunjung akan dibawa untuk merasai sendiri pengalaman menanam padi dan memproses padi.
Tidak terhad kepada itu sahaja, pelbagai aktiviti lain seperti lawatan ke galeri padi, lawatan taman herba, serkap ikan dan banyak lagi aktiviti tradisional yang pastinya memberikan pengalaman yang unik dan mengujakan.