Lata Kinjang merupakan antara air terjun yang tertinggi di Malaysia dan berada di dalam kawasan Taman Eko Rimba Lata Kinjang.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya hiking, berkhemah, berkelah dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap dan bermalam di kapsul/tube dengan harga yang berpatutan
Bagi keselesaan pengunjung, terdapat kemudahan awam seperti tandas awam, pondok, surau dan gerai jualan disediakan di kawasan ini. Keindahan air terjun dan flora fauna di sini pasti memukau semua yang datang dan sesuai bagi yang ingin menhabiskan masa dan bercuti bersama keluarga