What
image
  • imageCamping & Hiking
  • imageEko-Tourism
  • imagePantai & Pulau
  • imageRekreasi & Outdoor
  • imageRiadah & Santai
  • imageSejarah & Budaya
  • imageTaman Tema
  • imageZoo & Wildlife Park
Where
image
image

Ulu Kasar merupakan sebuah kawasan pedalaman yang terletak di daerah Setiu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang masih terjaga dan merupakan tempat yang popular untuk aktiviti eco-tourism.

Perjalanan menuju ke lokasi ini memakan masa sekitar 50 minit dari bandar Kuala Terengganu dengan jarak sekitar 50km. Lokasinya agak terpencil dan melalui jalan-jalan kecil sambil dikelliling kebun dan tanaman sawit menjadikan anda merasakan seolah-olah anda sudah tersesat sebelum tiba ke lokasi. Kedudukannya yang terpencil dalam masa yang sama menjadikannya terpelihara dari kerosakan alam.

Tempat rekreasi ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya tidak begitu dalam hanya sekitar 1-3kaki sahaja. Lokasinya yang landai dan tidak begitu berbatu menjadikannya selamat untuk semua. Airnya yang jernih, sejuk dan nyaman pastinya menyegarkan badan pelawat yang berkunjung ke sini.

Selain itu, terdapat juga pondok-pondok untuk pengunjung berteduh dan juga gerai jualan di sekitar lata ini.

Kawasan Ulu Kasar dikelilingi oleh hutan hujan tropika, sungai-sungai dan air terjun yang menakjubkan.
Ulu Kasar merupakan tempat yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti trekking, berkhemah, memancing, mandi di sungai dan banyak lagi.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review is recommended to be at least 140 characters long

image

building Own or work here? Claim Now! Claim Now!

imageYour request has been submitted successfully.

image