Pantai Tok Jembal merupakan antara lokasi kegemaran penduduk tempatan untuk beristirehat dan berkelah pada waktu petang terutamanya di hujung minggu. Pantai ini mempunyai garisan pantai yang panjang sehingga beberapa kilometres.
Antara aktiviti yang terdapat di sini selain berkelah di tepi pantai adalah menunggang kuda, menaiki kuda berhias, bermain layang-layang, terdapat juga taman permainan kanak-kanak. Terdapat juga sesetengah kawasan pantai ini menjadi tumpuan para pemancing terutamanya di kawasan yang telah ditambak dengan batu.
Terdapat deretan gerai menjual pelbagai jenis makanan di sepanjang laluan pantai malah anda boleh menikmati makanan tempatan seperti ikan celup tepung (ICT) dan keropok lekor. Pengunjung juga boleh mandi-manda di kawasan berdekatan Dapo Pata dan sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya yang cetek dan tenang