Pasar Kea Farm terletak kira-kira 3km ke utara Brinchang dan terdiri daripada puluhan gerai/kedai yang menjual pelbagai hasil tanaman seperti jagung, strawberri, buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Selain itu, di pasar yang dibuka setiap hari ini, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis cenderahati dan buah tangan tanda melancong ke Cameron Highlands.