Pasar Payang ini antara lokasi wajib pelancong ke negeri Terengganu, terutamanya ketika mahu pulang ke tempat masing-masing. Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, di sini anda boleh mendapatkan pelbagai produk makanan, kraftangan, produk tembaga dan cenderahati negeri Terengganu seperti batik, songket, makanan, keropok lekor, kuih muih dan bermacam lagi.
Bangunan baru Pasar Payang ini mempunyai 2 tingkat dimana tingkat bawah selalunya menjual barangan basah dan makanan manakala tingkat atas menempatkan kedai-kedai yang menjual produk kraftangan dan pakaian.