Pasar Siti Khadijah sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dan sememangnya antara lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri sekiranya ke negeri Che Siti Wan Kembang ini. Keistimewaan pasar ini adalah peniaganya hampi kesemuanya terdiri daripada kaum wanita dan mereka menjual sayur-sayuran, buah-buahan berbagai jenis juadah makanan tradisional kelantan di samping barangan kraftangan buatan tempatan.