Mungkin ramai yang tidak pernah dengar mengenai pulau ini berbanding Pulau Sipadan. Terletak hanya kira-kira 20 minit menaiki bot dari Pulau Sipadan, Pulau Mabul mendapat namanya sebagai antara lokasi tumpuan aktiviti scuba diving dan muck-diving (aktiviti diving di perairan cetek dengan dasar laut yang berpasir). Pulau kecil yang terletak berdekatan bandar Semporna, Tawau ini boleh diakses melalui jeti di Tawau dengan menaiki bot laju dan memakan masa sekitar 45 minit sahaja.
Di pulau ini, terdapat chalet yang dibina ‘terapung’ di atas laut dan juga chalet di dataran yang berada di celahan pohonan rimbun dan pokok kelapa yang melambai.