Buat penggemar aktiviti pulau, Pulau Redang bukanlah lokasi yang asing bagi mereka, malah juga amat dikenali oleh pelancong luar negara dek kerana keindahan pantai dan lautnya. Boleh dikatakan antara pulau yang tercantik di Malaysia, tempat peranginan terkenal dengan keindahan pantai, air lautnya disamping tarikan flora dan fauna seperti batu karang, ikan, penyu dan berbagai lagi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini adalah mandi-manda, snorkelling, scuba diving, berkayak, jungle trekking, dan banyak lagi. Pengunjung yang ingin ke sini boleh memilih untuk pergi secara ‘day trip’ atau bermalam di beberapa resort yang terdapat di pulau ini.
Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot yang bertolak dari jeti Merang, setiu atau dari jeti Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Peringatan: Pulau Redang selalunya ditutup ketika musim Monsoon antara November sehingga March