Antara lokasi air terjun pilihan untuk mandi-manda di Terengganu sudah semestinya di Sekayu. Terletak di daerah Hulu Terengganu, perjalanan dari bandar Kuala Terengganu hanya memakan masa kira-kira 1 jam. Destinasi ini menjadi tarikan dikunjungi kerana kejernihan air terjunnya yang bertingkat-tingkat dan amat sesuai untuk aktiviti riadah dan berkelah seisi keluarga.
Pelbagai kemudahan disediakan di tapak air terjun ini seperti tandas, surau, pondok dan kawasan parking yang luas. Selain itu, terdapat juga taman air mini yang dibina yang dilengkapi dengan gelungsur air untuk kanak-kanak.