Setiu Wetlands (Taman Bencah Setiu) adalah satu tarikan ekopelancongan di Setiu, Terengganu yang kaya dengan flora dan fauna serta keindahan alam semulajadi yang memukau. Apa yang uniknya di sini, kawasan ini mempunyai sembilan ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah menyusuri sungai Setiu, berkayak, mencari kelah & lokan, menyusuri paya bakau menerusi Setiu Broadwalk, merasai gaya hidup tradisional di Rumah Tok, berkemah dan melihat pendaratan penyu hijau.
Terletak kira-kira 70km dan memakan masa perjalanan sekitar 1jam 10min dari Kuala Terengganu, Setiu Wetlands telah diisytiharkan sebagai Taman Negeri Terengganu dan berada dibawah kendalian Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.