Taman AgroTeknologi MARDI Cameron Highlands, yang juga antara pusat tarikan utama pelancong di Cameron Highlands, ini adalah salah satu dari 8 pusat penyelidikan MARDI seluruh negara. Taman ini menempatkan pelbagai jenis bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, pelbagai tarikan lain seperti English Garden, pusat jualan, kafeteria, nurseri, Taman Arnab, Taman Rama-Rama. Dan pastinya juga banyak port bergambar di dalam taman yang dipenuhi bunga-bungaan yang pelbagai bentuk dan warna. Bagi yang bercadang untuk bermalam, terdapat juga rumah penginapan, English Cottage Carnation yang dibuka untuk tempahan.