Taman Negara Bako terletak sekitar 37km dari bandar Kuching. Dengan keluasan 27km persegi, taman negara Bako adalah taman negara yang paling kecil di Sarawak. Namun begitu, ia merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan liar termasuklah monyet belanda yang memiliki hidung yang besar ataupun dipanggil monyet proboscis yang hanyalah terdapat di Borneo dan ratusan jenis spesis burung.
Di samping itu, terdapat juga pelbagai ekosistem seperti pantai, laut, paya bukau dan kawasan air terjun untuk pengunjung melakukan pelbagai aktiviti riadah. Selain itu, antara tarikan di sini adalah trek-trek berjalan kaki dan hiking dengan jarak-jarak yang pelbagai mengikut trek-trek yang ada.