Tugu Peringatan Negara dibina pada 8 Februaru 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan semasa Darurat
Monumen yang dibina berketinggian 15 meter itu bukan sekadar tugu untuk dilawati tetapi bagi memastikan masyarakat menjiwai pergorbanan pahlawan demi negara tercinta di samping memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat negara.
Di sekitar Tugu Negara juga, terdapat taman yang indah yang membolehkan pengunjung bersantai dan menikmati suasana yang tenang. Taman ini adalah tempat yang sesuai untuk berjalan-jalan atau berehat sambil menikmati pemandangan yang indah.